Pernakah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis . . . .
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah , tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda , dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda . . .
Apabila dia menangis di hadapan anda ,
Apabila dia menangis kerana anda ,
Pandanglah matanya ,
Bolehkah anda rasakan apa yang dia rasa ?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa ?
Fikirkan . . .
Berbaloikah dia menangis ,
Dihadapan anda ,
Hanya kerana anda ?
Dia menangis bukan kerana dia lemah ,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati ,
Dia menangis ,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan .
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati ,
Cuba anda ambil masa untuk berfikir ,
Jika si dia menangis hanya kerana anda ,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda ,
Kerana hanya anda tahu jawapannya .
Fikirkan ,
Kerana suatu hari nanti ,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal ,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "maafkan saya...."
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda , jangan anda membiarkan dia menangis keseorangan . Beradalah disisi dia , menemani dia , kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda .
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda , janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda . Kerana anda akan merosakkan hidup dia .
Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seseorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan bersedia untuk bercinta . Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara . Mudah bagi seseorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama , tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya .
No comments:
Post a Comment